comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Kemaman: Ahmad Samsuri tidak perlu letak jawatan Menteri Besar – Hadi Awang

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu melepaskan jawatan yang disandang itu setelah dipilih sebagai calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan Naib Presiden Pas itu tidak menyalahi sistem demokrasi kerana Menteri Besar boleh bertanding sebagai calon di kerusi Parlimen.

Menurutnya, Menteri Besar juga boleh memegang jawatan Ahli Parlimen dalam penggal sama.

“Saya pun pernah jadi Menteri Besar dan Ahli Parlimen (Marang) iaitu pembangkang (1999). Itu biasa, tidak salah bagi politik Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, hari ini.

Abdul Hadi memberitahu, pada masa ini, terdapat dua Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri yang turut menjadi Ahli Parlimen.

Katanya, mereka ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Maksudnya, tiada keperluanlah (Ahmad Samsuri) untuk letak jawatan (Menteri Besar),” ujarnya.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mencabar Ahmad Samsuri melepaskan jawatannya dan memberi fokus kepada Parlimen Kemaman yang bakal ditandinginya.

Azalina berkata, sekiranya benar Ahmad Samsuri mahu manabur baktinya kepada penduduk di Parlimen Kemaman, beliau tidak seharusnya bertanding atas tiket Menteri Besar.

Datuk Seri Ahmad Samsuri ketika ditemui turut diminta mengulas perkara itu

Sambil berseloroh beliau menyifatkan kenyataan Menteri Undang-Undang itu tidak berasas.

“Mungkin Azalina tengah pening dan stress ketika memberi kenyataan itu.

“Saya percaya dapat mengurus dan mentadbir negeri dengan baik dan membawa suara rakyat ke Dewan negara jika diberi peluang”, katanya ketika ditemui selepas selesai penamaan calon selesai.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini