Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
KEMAMAN: Sebanyak 49 pusat pengundian dan 244 saluran mengundi dibuka esok bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, semua persiapan berjalan lancar.
“Saya melawat pusat penjumlahan undi hari ini dan semua berjalan lancar”, katanya selepas melawat Pusat Penjumlahan Undi Di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.
“Saya nasihatkan calon, penyokong parti dan pengundi mematuhi semua peraturan, jangan pakai baju logo, bawa payong berlogo parti, dan datanglah mengundi awal”, ujarnya.
Esok cuaca dijangka hujan awal pagi sehingga lewat petang, SPR menjangkakan hanya 70 peratus pengundi keluar akan keluar melunaskan tanggungjawab mereka.
“Selain bawa kad pengenalan, esok dijangka hujan dan datanglah awal menunaikan tanggung jawab sebagai pemilih”, katanya.
Sekiranya berlaku banjir, pihaknya dan agensi berkaitan sudah siapsiaga menghadapi banjir.
Bagaimanapun Tan Sri Abdul Ghani Salleh meminta orang ramai mendoakan supaya tidak berlaku banjir dan hari pengundian dapat berjalan lancar.
Jelasnya lagi, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan diumumkan paling awal jam 9.00 malam.
“SPR kali ini menggunakan sistem baharu bagi memngemas kini keputusan yang akan disalurkan ke pusat penjumlahan undi.
PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana wujud unsur rasuah.
PRK Kemaman mempunyai seramai 141,790 pengundi yang layak termasuk jumlah pengundi awal.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan turut menasihati semua terlibat di PRK Kemaman tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mengganggu kelancaran hari pengundian.
“Semuanya berada dalam keadaan baik, saya sangat hari ini, hari terakhir kempen saya menyeru semua calon dan penyokong mematuhi peraturan PDRM sangat gembira kerana PRK Kemaman tidak ada kekecohan berlaku”, katanya.
Sepanjang tempoh 14 hari berkempen polis menerima 7 laporan polis.
“Kempen semua terkawal tidak banyak masalah, kita oerolehi 7 laporan polis ada juga laporan polis melibatkan isu 3R dan itu akan diambil alih Bukit Aman buat siasatan.
“Secara menyeluruh setakat ini tidak ada isu yang boleh mengganggu perjalanan kempen”, ujarnya.