comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KEMAMAN: 387 anggota polis laksana undi pos bermula hari ini

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Seramai 387 anggota polis mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bermula hari ini.

Ketua Polis Terengganu  Datuk Mazli Mazlan berkata, selain anggota polis, enam anggota tentera juga turut mengundi secara pos.

“Polis telah memutus menukar pengundi pengundi awal PRK ini kepada pengundi pos bertujuan untuk anggota PDRM memberi fokus kepada tugas menyelamat mangsa banjir”, katanya.

Beliau berkata, kekuatan yang ada di Kemaman itu juga akan digunakan untuk membantu proses menyelamat dan membuat kawalan keselamatan di daerah yang mengalami banjir.

Tambahnya lagi sepanjang PRK berjalan ini, polis menerima 16 permohonan permit yang dikeluarkan untuk program ceramah manakala sembilan permit diluluskan untuk program ‘walkabout’ membabitkan kedua parti yang bertanding.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini