MUAR: Kemenangan calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diraikan kumpulan penyokongnya di hadapan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.
Mereka berhimpun sejak jam 8 malam sebaik mendapat berita mengenai kejayaan PH mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram.
Laungan ‘Maju Johor’ bergema dari luar dewan sementara menunggu ketibaan calon PH, Nazri Abdul Rahman.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini mengumumkan Nazri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi bagi mempertahankan kerusi dimenangi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.