Tumpuan :
Nasional

PRK Johor: Calon PH seru pengundi keluar awal 

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat menyeru pengundi di Parlimen Pulai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing berikutan keadaan cuaca yang mendung ketika ini dan dijangka hujan pada sebelah petang.

Beliau juga berharap sasaran peratusan mengundi lebih 70 peratus dapat dicapai.

“Alhamdulillah semua saluran berjalan lancar, trafik juga berjalan lancar dengan bantuan pihak polis, saya kira tiada halangan semua pengundi turun dengan selamat.

“Kita berdoa supaya dapat mencapai sasar peratusan mengundi 70 peratus dan ke atas, cuaca yang redup begini elok semua orang untuk turun, jangan turun petang sebab petang diramalkan hujan,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati, di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru pada PRK kali ini.

Suhaizan dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pulai dan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi selaku calon Bebas.

Setakat jam 10 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 13 peratus di Pulai, manakala 18 peratus di Simpang Jeram.

Loading...
Terkini