BINTULU: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang bermula pada jam 7.30 pagi selesai selepas 11 daripada 14 pusat mengundi ditutup pada jam 5.30 petang.
Terdahulu, tiga pusat pengundian bagi PRK itu ditutup pada jam 4 petang tadi.
Semua peti undi dari 14 pusat mengundi melibatkan 45 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah Bintulu di sini, sebelum keputusan rasmi diumum dijangka pada jam 9 malam ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi yang direkod setakat jam 4 petang ialah 46 peratus.
PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. – BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- PRK DUN Jepak: Proses pengundian lancar tanpa sebarang insiden
- PRK DUN Jepak: Iskandar harap keputusan terbaik untuk GPS
- PRK Jepak: Lebih 22,000 pengundi tunai tanggungjawab di 14 Pusat Mengundi hari ini
- PRK DUN Jepak: SPR optimis dapat capai sasaran 65 peratus keluar mengundi
- PRK Jepak: Keputusan dijangka jam 9 malam- SPR
- PRK Jepak: Proses pengundian lancar -SPR
- PRK Jepak: 3 pusat mengundi ditutup awal