comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Sungai Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai depan – SPR

NIBONG TEBAL: Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 2 Julai depan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata, ini kerana semua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.

“Betul tiada pengundian awal, semua telah memohon untuk undi pos,” katanya secara ringkas kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan kertas undi pos kepada semua yang terlibat esok dan kertas itu boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab (PYB) pada jam 2.30 petang.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini depan. manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 22 Jun dan 2 Julai.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei, seramai 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

PRK DUN Sungai Bakap yang menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail itu, diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini