comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Sungai Bakap: 57.77 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

NIBONG TEBAL: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sebanyak 57.77 peratus setakat jam 4 petang ini.

Tinjauan mendapati proses mengundi berjalan lancar dalam suasana cuaca baik di sembilan pusat pengundian berbaki kurang daripada dua jam sebelum kesemua pusat mengundi ditutup jam 6 petang nanti.

Pusat pengundian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini