comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Sungai Bakap: 31.84 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

FOTO: NSTP

NIBONG TEBAL: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencatatkan 31.84 peratus setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ia dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman rasminya,selepas empat jam pusat pengundian dibuka sejak jam 8 pagi tadi.

Proses mengundi di sembilan pusat pengundian dengan 65 saluran didapati berjalan lancar dalam suasana cuaca baik setakat tengah hari.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang ini sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Seramai 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini