comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Pelangai: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi

Rokiah Said, wanita berusia 80 tahun menjadi pengundi pertama hadir menunaikan tanggungjawabnya di SMK Felda Chemomoi, Pelangai. – Foto: NSTP

BENTONG: Rokiah Said, wanita berusia 80 tahun menjadi pengundi pertama hadir menunaikan tanggungjawabnya di SMK Felda Chemomoi di sini.

Beliau menunggu di luar pusat daerah mengundi itu seawal jam 7 pagi sambil ditemani anak keduanya, Melati Nisa, 52.

Anak perempuan makcik teman seawal jam 7 lagi lagi. Rumah tak jauh pun lebih kurang satu kilometer.

“Kalau ada hari mengundi, makcik berasa bersemangat untuk tunaikan tanggungjawab ini tanpa anda alasan walaupun kurang sihat dan sebagainya.

“Makcik sakit kaki tapi makcik gagahkan juga untuk datang mengundi. Lagi pun ada anak boleh tolong temankan. Tak ada masalah,” katanya ditemui di sekolah terbabit.

Menurut Melati, ibunya sejak semalam lagi sudah mengingatkan beliau supaya melakukan pemeriksaan dan persediaan untuk keluar mengundi pagi ini.

Tambah beliau, ibunya sanggup tidak bersarapan kerana begitu semangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Pelangai.

“Sejak malam tadi lagi, dia sudah ingatkan saya untuk sediakan kad pengenalan, takut nanti pagi tercari-cari,” katanya.

Tepat jam 8 pagi ini sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 30 saluran akan dibuka hingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Hari ini seramai 16,456 pengundi berhak menunaikan tanggungjawab mereka untuk pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi memilih wakil rakyat baharu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini