comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Pengundi muda tidak lepaskan peluang mengundi


KLUANG: “Ini kali pertama saya datang mengundi, perasaannya sedikit gementar sebab takut ada buat kesilapan,” kata Muhammad Zakwan Danial, 18.

Selepas mengetahui tentang pengumuman Pilihanraya Kecil (PRK) Mahkota Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pelajar kolej itu tidak membuang masa dan terus memeriksa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya juga membuat rujukan dengan melihat cara dan proses mengundi di laman sosial malam tadi.

“Selepas selesai solat subuh terus bersiap-siap dari rumah di Kampung Palembang Lama untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana pada 7.30 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengundi kali pertama, Soh Shan Meng, 22, berkata, atas nasihat keluarga, dia menunaikan tanggungjawab itu, selepas tidak berpeluang melaksanakannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022.

“Masa itu saya sibuk dengan pengajian,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pegawai perubatan, Dr. M. Cholarma, 28, di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini tidak mahu melepaskan peluang yang sama.

“Buatlah pilihan yang bijak dan wakil rakyat yang boleh buat kerja sekaligus dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan orang muda di DUN Mahkota,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini