comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: 16.56 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi – SPR 

KLUANG: 16.56 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu setakat jam 10 pagi tadi.

Peratusan terbaharu itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak 8 pagi tadi bagi membolehkan 61,274 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini.

Kesemua 20 pusat mengundi akan ditutup pada pukul 6 petang, sebelum disusuli dengan proses penjumlahan undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Secara keseluruhan 66,318 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK itu, dengan pengundian awal melibatkan 4,437 anggota tentera dan pasangan serta polis telah diadakan Selasa lepas.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini