comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Jepak: Proses pengundian lancar tanpa sebarang insiden

 

BINTULU: Proses pengundian yang berlangsung di semua 14 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar dan aman tanpa sebarang insiden.

Timbalan Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, menerusi tinjauan yang dilakukan ke pusat-pusat mengundi, keadaan keselamatan adalah terkawal dengan proses pengundian di semua saluran terlibat berlansung dengan aman.

Jelasnya, bagi memastikan kelancaran proses pengundian, seramai 642 anggota polis telah ditugaskan sepanjang hari ini.

“Anggota tiada masalah, kita telah tugaskan pegawai dan anggota untuk mengawal keadaan keselamatan dan keamanan.

“Bagi tujuan itu seramai 642 pegawai dan anggota telah ditugaskan untuk hari ini sahaja.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Bintulu.

Seramai 3,258 orang pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi di pusat mengundi berkenaan hari ini.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip 15 September lalu akibat Komplikasi kesihatan.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi dengan 60 daripadanya merupakan pengundi muda dan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak GPS, Iskandar Turkee dengan calon Parti Bumi Kenyalang PBK, Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Chieng Lea Phing.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini