Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mencatatkan sebanyak 42 peratus setakat jam 4 petang.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding kemaskini pada jam 3 petang tadi iaitu sebanyak 38 peratus.
Manakala, bagi DUN Simpang Jeram pula mencatatkan sebanyak 56 peratus, meningkat sebanyak lima peratus berbanding jam 3 petang berdasarkan data yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, seramai 205,801 pengundi berdaftar layak untuk menjalankan tanggungjawab mereka hari ini, di mana ia membabitkan seramai 165,509 pemilih bagi Parlimen Pulai sementara bagi DUN Simpang Jeram pula melibatkan seramai 40,301 pengundi.
Sebanyak 47 pusat pengundian dengan 294 saluran di Parlimen Pulai dan 14 pusat pengundian membabitkan 68 saluran di DUN Simpang Jeram, dibuka sejak jam 8 pagi sehingga jam 6 petang