Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Presiden ABIM pertama meninggal dunia

 

PETALING JAYA : Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama, Prof Dr Ustaz Razali Nawawi meninggal dunia hari ini pada usia 83 tahun, menurut satu hantaran di facebook rasmi ABIM.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 pagi di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi.

Hantaran itu memaklumkan, jenazah Allahyarham Ustaz Razali akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menziarahi Pengasas ABIM, Prof Dr Razali Nawawi, 13 Mei lalu.

Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya.

Allahyarham Ustaz Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.

– Foto : ABIM / Facebook

Allahyarham telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan memajukan organisasi tersebut, yang terus berjuang untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai Dekan Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dari tahun 1983 hingga 1993.

Loading...
Terkini