comscore
Tumpuan :
Nasional

Premis jual gas petroleum tanpa lesen sah

PERAI: 22 tahun jual gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen selain memperoleh stok daripada pembekal yang tidak berdaftar dikesan di sebuah premis di sini.

Hasil pemantauan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang baru-baru ini mendapati premis berkenaan sebelum ini pernah diserbu pihak berkuasa namun masih berdegil menjual barangan kawalan terbabit.

Lebih mengejutkan alasan diberikan peniaga terbabit langsung tidak masuk akal apabila kononnya tidak mengetahui keperluan mempunyai lesen bagi menjual gas petroleum.

Dalam pada itu peniaga itu turut mendakwa sudah membuat permohanan lesen namun masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa.

Bukan sahaja menjual gas LPG tanpa lesen malah, peniaga terbabit juga dipercayai menjual seunit tong gas LPG berkapasiti 14 kilogram melebihi harga kawalan iaitu RM26.60 sen satu tong ekoran tiada tanda harga diletakkan.

Gas LPG yang dijual disyaki diperoleh daripada pembekal yang tidak berdaftar gara-gara kegagalan mengemukakan resit rasmi pada setiap unit LPG yang dibeli.

Susulan itu, pemilik premis berkenaan diarah untuk hadir ke Ibu Pejabat KPDN untuk tindakan lanjut.

Hasil serbuan dijalankan KPDN berjaya menyita 11 unit tong gas LPG dengan anggaran melebihi RM1,100.

Premis berkenaan turut dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa kepada hukuman denda sehingga RM 1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi pemantauan yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Naim Jan dibantu dua pegawai dan lima anggota dari Bahagian Penguatkuasaan (KPDN).

Saksikan laporan khas ‘Premis Langgar Syarat LPG’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini