Tumpuan :
Nasional

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo


RINGKASAN BERITA

Pramugari Malaysia Airlines, Norzana Hanim Hamzah meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun sebelum dijadual mengendalikan penerbangan pulang ke tanah air.

Punca kematian belum dipastikan, namun laporan komuniti kru MH mendakwa, Norzana mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata, anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini