Tumpuan :
Nasional

PPS ditambah, mangsa banjir di Seberang Perai meningkat

Penduduk meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Kechil.

BUTTERWORTH: Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Seberang Perai bertambah daripada tujuh kepada 11 PPS susulan peningkatan mangsa banjir, hari ini.

Empat PPS dibuka di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (lima) dan dua lagi di daerah Seberang Perai Selatan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang setakat jam 7.30 pagi tadi, terdapat 556 mangsa membabitkan 147 keluarga ditempatkan di kesemua PPS berkenaan.

Ketika ini, Sungai Muda di Bumbung Lima, Kepala Batas, dekat sini, menunjukkan bacaan paras air melebihi tahap bahaya, manakala Sungai Lahar Endin berada di tahap berwaspada.

Terdahulu, media melaporkan tujuh PPS di Seberang Perai dibuka bagi menempatkan 77 mangsa membabitkan 25 keluarga selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat, semalam.

Kira-kira 70 lokasi di Seberang Perai dilaporkan berlaku banjir kilat dan insiden pokok tumbang berikutan hujan lebat serta angin kencang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini