comscore
Tumpuan :
Nasional

Pondok Kundang Hulu ditenggelami banjir, polis selamatkan aset kerajaan

TANGKAK: Susulan peningkatan paras air sungai Muar, beberapa kawasan di daerah ini termasuk di Kundang Hulu dinaiki air secara mendadak petang semalam.

Turut terjejas pondok polis, klinik desa, sekolah agama dan Sekolah Kebangsaan Kundang Hulu.

Timbalan Ketua Polis Tangkak, DSP Idris Abdul Rahman berkata, pondok polis yang terletak kira-kira 200 meter dari Sungai Muar dimasuki air hingga sedalam satu meter kira-kira jam 3 petang.

Katanya, pelbagai barangan dalam pondok berkenaan terpaksa dipindahkan kerana ia sebahagian daripada aset kerajaan.

Sehubungan itu, pasukan bantuan dipanggil bagi membantu menyelamatkan peralatan berkenaan termasuk perabut dan genset.

Beliau turut menasihati penduduk sekitarnya segera berpindah sekiranya diarah berbuat demikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Dua hari lalu, Kundang Hulu mula dinaiki air sedalam satu meter namun tidak masuk ke kawasan pondok polis.

Loading...
Terkini