comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis, TNB potong bekalan elektrik premis judi online, loteri awam di Padang Besar 

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

PADANG BESAR: Bekalan elektrik di empat premis dipotong serta-merta kerana disyaki melakukan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam haram di sekitar Padang Besar.

 

4 premis itu terletak di Jalan Kampung Kolam, Jalan Panggas Besar, Jalan Bukit Keteri dan Jalan Santan, di sini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, ia hasil Op Khas Pemotongan Elektrik yang dijalankan anggotanya bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), sepanjang minggu ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah

“Ini merupakan tindakan susulan selepas penahanan penganjur judi online dan pusat loteri awam haram di bawah pentadbiran Padang Besar.

“Mereka ini tidak ditahan sekaligus, tetapi secara berperingkat dan Isnin lalu polis bersama TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik di premis yang terlibat,” katanya kepada Buletin TV3.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mohd Shokri meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mendapati mana-mana premis menjalankan kegiatan haram ini bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan.

Loading...
Terkini