Tumpuan :
Nasional

Polis tidak peraga suspek perbuatan jelik dalam kereta

JOHOR BAHRU: Polis menafikan pihaknya dengan sengaja memperagakan dua suspek yang juga remaja lelaki dan perempuan berkelakuan jelik dalam kenderaan sebagaimana yang tular baru-baru ini untuk tatapan umum.

Tegas Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya hanya melakukan prosedur biasa dengan membawa kedua-duanya bagi penahanan reman kes terbabit di mahkamah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata dakwaan itu tidak benar, memandangkan kedua-dua suspek bersama suspek lain dibawa dengan kenderaan polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Suspek juga dibawa berjalan melalui laluan lazim ke bangunan mahkamah.

Sebagaimana kebiasaan, polis tidak mengatur mana-mana pihak lain termasuk jurugambar berada di lokasi bagi membuat liputan ketika suspek dibawa untuk proses reman.

Susulan tu satu siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenalpasti jika terdapat pelanggaran etika.

Tular sejak semalam, suspek lelaki berusia 22 tahun dan remaja perempuan 17 tahun didakwa dengan sengaja dipaparkan kepada umum selepas ditahan berkelakuan jelik dalam kereta merah.

Loading...
Terkini