Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis terima laporan zikir mencurigakan di kubur

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan berhubung satu rakaman video yang tular mengenai sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Setapak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berkait rakaman video itu pada jam 10.05 pagi.

“Kita menerima satu laporan polis daripada orang awam berhubung satu video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak.

“Kes ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) untuk siasatan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota.

Rakaman video berkenaan pada mulanya dimuat naik oleh pengguna Facebook dengan nama Rizuwan Rosly yang turut meluahkan kerisauan apabila melihat sekumpulan individu melakukan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan itu.

Bagaimanapun, semakan BH mendapati rakaman video berkenaan sudah dipadamkan oleh pemilik Facebook terbabit.

Rakaman video berkenaan mulai tular dan mendapat pelbagai maklum balas dalaman kalangan warganet.

Sebelum hantaran itu dipadamkan, Rizuwan pada ruangan komen memberitahu dia sudah membuat laporan mengenai kejadian tersebut dan menyerahkan Jabatan Agama Islam untuk menjalankan siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini