comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan reman tujuh lelaki berkait GISBH termasuk anak bekas pengasas Al-Arqam

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Polis menahan reman tujuh lagi lelaki disyaki terlibat dengan Syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk seorang anak bekas pemimpin Al-Arqam selama tujuh hari bermula hari ini.

Permohonan reman telah dikemukan oleh majistret di Mahkamah Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pasukan serbuan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah membuat tangkapan di empat lokasi berbeza antara pukul 11 malam semalam hingga 4.07 pagi tadi.

“Polis telah membuat tangkapan di Temerloh, Pahang; Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Chepa di Kelantan.

“Kesemua suspek yang berusia antara 32 hingga 35 tahun disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, soal siasat awal masih dijalankan dan kesemua suspek kini ditempatkan di lokap berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD), Shah Alam.

Semalam Buletin TV3 melaporkan 19 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, direman selama tujuh hari bermula semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini