Tumpuan :
Nasional

Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata polis akan membuat permohonan reman hari ini.

Loading...
Terkini