comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan pemandu tular langgar motosikal empat beranak

Tangkap layar video dashcam yang tular menunjukkan pacuan empat roda melanggar motosikal ditunggang suami isteri dan dua anak mereka.

KUALA LUMPUR : Pemandu pacuan empat roda yang memandu melulu dan melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya berhampiran persimpangan Puchong di sini sudah ditahan polis.

Rakaman video papan pemuka kenderaan mengenai kemalangan itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada Selasa itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera.

“Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang suami isteri berusia 30 tahun bersama anak mereka berumur lima dan tujuh tahun, manakala Ford Ranger dipandu lelaki berusia 21 tahun.

“Dalam insiden itu, penunggang motosikal dan anaknya cedera ringan, manakala individu lain tidak cedera.

“Kedua-dua pihak membuat laporan polis mengenai kemalangan dan susulan itu, kami menahan pemandu Ford Ranger untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini