Tumpuan :
Nasional

Polis tahan pemandu tular dikejar polis

Foto tular

KLUANG: Sebuah kereta Honda Accord menjadikan Jalan Kluang, di sini seperti litar lumba apabila dikejar polis.

Kejadian itu tular di media sosial apabila Honda Accord berwarna kuning terbabit dilihat memecut laju melalui jalan Kampung Melayu dan pusat bandar Kluang.

Polis yang mengejar kenderaan itu menahan pemandu selepas suspek melanggar kereta lain di persimpangan lampu isyarat.

Pengguna media sosial memuji tindakan pantas polis yang akhirnya berjaya menahan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berhubung kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini