Tumpuan :
Nasional

Polis tahan pegawai kanan syarikat penyiaran

 

KUCHING: Seorang pegawai kanan sebuah syarikat penyiaran di sini, ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes komersil.

Lelaki terbabit ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di pejabatnya, hari ini.

Anggota polis dilihat membawa sejumlah dokumen daripada pejabat syarikat terbabit.

Suspek berusia lingkungan 60-an itu dibawa keluar dari pejabatnya pada jam 3 petang dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Sehingga kini tiada maklumat lengkap berhubung penahanan itu dan difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini