comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan lelaki, rampas mercun dan bunga api bernilai RM7,000

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berjaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api yang tidak mempunyai permit yang sah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya melakukan tangkapan itu sekitar jam 3.30 petang semalam ketika lelaki itu sedang memandu sebuah kenderaan jenis Perodua MYVI.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun dan bunga api antaranya happy boom mancis and 802/don 625, Mercun bola, Mercun jenis pop pop t8500c, jenis happy boom moon (rocket) jl 9595 dan lain-lain.

Kesemua 279 kotak mercun dan bunga api bernilai RM7,000 itu dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Loading...
Terkini