Tumpuan :
Nasional

Polis tahan lelaki disyaki kurang siuman cetus kekecohan di rumah ibadat

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Seorang lelaki kurang siuman ditahan selepas mengamuk di sebuah rumah ibadat di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Mohammad Farhan Abdullah berkata, suspek yang memasuki rumah ibadat itu sekitar jam 6.50 petang ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Sentral Kuching, sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Ahli keluarga lelaki itu telah tampil ke balai polis dengan membawa dokumen berkaitan, yang mengesahkan dia sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Sentosa, Kuching.

“Dia dikhuatiri tidak mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Insiden itu turut tular di media sosial.

Polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ang Mei Cin di talian 010-7039818.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini