AMPANG JAYA: Tindakan seorang lelaki membakar mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membawa padah apabila dia ditahan polis selepas video perbuatannya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan pada jam 10 malam Sabtu.
Lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku, dia membakar mercun kerana diminta oleh pelanggan premis jualan milik kawannya itu.
Katanya, suspek direman selama empat hari sehingga Rabu ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa dan kerosakan harta benda.
Selain mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955, kerana membakar mercun.
Tindakan lelaki berkenaan membakar mercun di atas lebuh raya mengundang kebimbangan orang ramai.
Perbuatan itu disifatkan keterlaluan, kerana menggangu lalu lintas dan risiko kemalangan pengguna lebuh raya.