comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis tahan ibu bapa kanak-kanak autisme yang mati dibunuh

PETALING JAYA: Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu.

Menurut sumber, mereka ditahan di Puncak Alam, kira-kira jam 11 pagi.

Pasangan itu yang berusia 28 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Setakat ini tiada maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan polis terhadap pasangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman hari ini.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini