comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis tahan dua lelaki, rampas senapang angin dan air ketum

 


KOTA TINGGI: Polis menahan dua lelaki warga tempatan selepas menyerbu sebuah rumah di sini, dan menjumpai senjata api serta air ketum, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam serbuan jam 9.30 malam itu, dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan bersama dua laras senapang angin dan 62 peluru penabur.

Beliau berkata, polis turut merampas 133 plastik lutsinar mengandungi air ketum dan 225 plastik lutsinar mengandungi daun ketum serta merampas peralatan untukmemproses daun ketum berkenaan.

“Hasil siasatan, kita percayai rumah pusaka itu dijadikan tempat untuk memasak air ketum.

“Nilai keseluruhan rampasan air dan daun ketum serta peralatan dianggarkan kira-kira RM6,630,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Hussin berkata, pihaknya masih dalam siasatan mengenal pasti tujuan suspek mempunyai senapang angin berkenaan.

“Seorang suspek kini ditahan reman selama 14 hari, manakala seorang lagi diberi jaminan polis selepas rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960, dan SEKSYEN 30(3) Akta Racun 1952.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan dadah serta bahan terlarang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini