JOHOR BAHRU: Dua lagi individu ditahan polis Johor kerana disyaki terbabit insiden merusuh semasa penganjuran acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Pantai Awam Desaru, Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki tempatan berusia 20-an dan 50-an itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, petang semalam.
Katanya ini menjadikan keseluruhan empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.
“Reman bagi keempat-empat lelaki selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu depan.
“Permohonan reman dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan, pagi tadi.
“Polis juga sudah merakam percakapan penganjur program DIBW 2023 di IPD Kota Tinggi pada semalam,” katanya ketika dihubungi sini, hari ini.
| ARTIKEL BERKAITAN