comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sudah panggil ibu kanak-kanak pandu kereta beri keterangan

SEREMBAN: Ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang memandu sebuah kereta sehingga terbabit kemalangan dekat Taman Arowana Impian, di sini, malam Selasa lalu, sudah dipanggil untuk beri keterangan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, difahamkan ketika kejadian kira-kira 9.30 malam itu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan tiada di rumah.

“Kami sudah memanggil ibunya semalam bagi mengambil keterangan berhubung kejadian itu. Bapanya belum dipanggil kerana difahamkan dalam keadaan uzur.

“Kami akan menjalankan siasatan hasil daripada keterangan dan berkemungkinan pasangan berusia 40-an itu akan direman.

“Bagaimanapun bergantung atas budi bicara mahkamah, bapanya mungkin tidak akan ditahan atas alasan kesihatan. Terpulang kepada majistret,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Ketika kejadian ibu bapa tiada di rumah dan meninggalkan kunci kereta.

Media malam tadi melaporkan kanak-kanak berusia 10 tahun memandu sebuah kereta jenis Toyota Corolla membawa rakannya yang juga anak jiran berusia sembilan tahun.

Ketika tiba di selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van menyebabkan van menggelungsur ke hadapan dan terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini