MUAR: Satu laporan diterima polis berhubung insiden pergaduhan dipercayai membabitkan warga asing dengan rakyat tempatan menggunakan tongkat kayu di Kilometer 139.6, Lebuhraya Plus, dekat Pagoh, di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.58 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 54 saat yang dimuat naik di media sosial berhubung insiden pergaduhan terbabit.
“Setakat ini, terdapat satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pagoh mengenai insiden itu.
“Polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik sahaja fakta lengkap diperolehi,” katanya dalam kenyataan.
Satu laporan diterima polis berhubung insiden pergaduhan dipercayai membabitkan warga asing dengan rakyat tempatan menggunakan tongkat kayu di Kilometer 139.6, Lebuhraya Plus, dekat Pagoh, di Muar, hari ini.
Sumber video tular pic.twitter.com/EPEdPg94ce
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 10, 2024
Berdasarkan video terbabit, insiden itu berlaku ketika lebuh raya sesak membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova warga tempatan.
Pemandu Mitsubishi juga dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum bertindak keluar membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Innova.
Bagaimanapun, insiden itu dapat dileraikan pengguna jalan raya lain yag kebetulan berada di lokasi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.