comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat video viral lelaki dikasari anggota polis sedang dijalankan – Timbalan KPN

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

BUKIT ANTARABANGSA: Polis sedang menyiasat berhubung video tular membabitkan seorang lelaki yang dikasari anggota polis di hadapan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengesahkan kejadian itu, tidak menolak kemungkinan wujud unsur provokasi yang menyebabkan insiden itu berlaku.

“Saya sahkan insiden itu berlaku di sebuah IPD di Pantai Timur dan kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.Mungkin ada provokasi berlaku sebelum kejadian berkenaan dirakam” katanya.

Beliau ditemui media selepas meninjau proses pengundian di  Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Bukit Antarabangsa.

Video berdurasi 14 minit itu tular di media sosial sejak pagi tadi.

Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki bermotosikal yang memakai bendera sebuah parti politik di belakang badannya dikasari anggota polis di hadapan sebuah IPD di Pantai Timur.

Loading...
Terkini