comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat video upacara keagamaan di tokong guna runut bunyi selawat

Foto hiasan

BUTTERWORTH: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang individu memuat naik video di aplikasi TikTok menggunakan runut bunyi berselawat yang memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis mengesan video berdurasi 20 saat berkenaan dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh penama ‘AhChong60’ pada jam 11.30 pagi hari ini.

“Video itu memaparkan upacara di dalam sebuah tokong yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat Nabi.

“Berikutan itu, kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibuka bagi menyiasat kes berkenaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Berdasarkan semakan di TikTok, video tular berdurasi 20 saat itu sudah diturunkan daripada aplikasi berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini