Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis siasat video tular, anggota trafik minta pelancong UK bayar saman RM100

Tangkap layar video di THREAD the globe/ YouTube

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terperinci susulan tularnya satu video di platform Youtube “Tread The Globe” yang memaparkan tindakan seorang anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas pasangan warganegara United Kingdom.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menerusi kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Video terbabit memaparkan pasangan itu yang menjelajah dunia mendakwa mereka ditahan oleh polis Malaysia kerana memandu laju dan diminta membayar saman.

Yang menghairankan, Chris dan Marianne Fisher diberi pilihan mahu membayar RM300 di balai polis atau boleh bayar terus RM100 kepada anggota polis trafik itu.

Tindakan itu dirakam dan videonya dikongsikan mereka di Youtube.

Ketika ditahan mereka yang dalam perjalanan ke Ipoh, dimaklumkan oleh anggota berkenaan bahawa telah melebihi had laju ditetapkan iaitu 60 kilometer sejam.

Akur dengan arahan tersebut mereka dilihat menghulurkan wang tunai dua helai wang kertas RM50.

Dalam tempoh 2 jam dimuat naik video terbabit telah mendapat lebih 14,000 tontonan.

Loading...
Terkini