comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat tahanan mati dalam lokap di Pekan

KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman sudah memulakan siasatan kes kematian mengejut membabitkan seorang tahanan polis di lokap di Pekan, Pahang dalam kejadian berlaku pada 4 Mei lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata sebaik kejadian itu dilaporkan, siasatan awal dilakukan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman mendapati, tahanan terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada 1 Mei lalu kerana dipercayai menunggang motosikal curi.

Beliau berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Kemudian siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tiga hari mulai 2 hingga 4 Mei 2024 di lokap IPD Pekan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata, orang kena tahan (OKT) itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Pekan pada 4 Mei lalu.

“Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada hari sama dan hasil keputusan mendapati punca kematian adalah gantung diri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan USJKT JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Katanya, kes ini juga dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 4 Mei lalu iaitu dalam tempoh 24 jam selaras kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini