comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat pusat beli belah ternama terima ancaman bom

JOHOR BAHRU: Pengunjung dan pekerja di sebuah pusat beli-belah ternama di sini petang tadi berdepan detik cemas apabila diminta mengosongkan bangunan itu, secara tiba-tiba.

Beberapa video turut dikongsi di media sosial yang memaparkan orang ramai keluar premis dan berkumpul di luar pusat beli belah berkenaan.

Difahamkan premis itu menerima panggilan ancaman bom.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarulzaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun menafikan adanya letupan seperti mana didakwa beberapa pihak di media sosial.

Ketika ini polis masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian.

Loading...
Terkini