comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat kes Tun Taib Mahmud dibawa keluar hospital

Tular di media sosial mendakwa bekas Yang di-Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari hospital tanpa persetujuan doktor. – FOTO: Facebook

KUCHING: Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung isu tular kes membawa keluar bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud daripada sebuah hospital.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkanbekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.‘’

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

‘’Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching, tanpa kebenaran dan nasihat perubatan daripada doktor.

Tun Abdul Taib telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Gabenor Sarawak dari 1 Mac 2014, sehingga 26 Januari tahun ini, sebelum digantikan dengan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini