KULAI: Polis sedang menyiasat kes penemuan mayat seorang wanita bersama bayinya yang dipercayai baharu dilahirkan di tepi Jalan Impian Lima, Taman Impian dekat sini, pagi tadi.
Mayat wanita dipercayai warga Indonesia dan bayi yang masih bertali pusat ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu jam 8 pagi tadi.
Ketua Polis Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee ketika dihubungi berkata, satu kenyataan media berkait kes itu akan dikeluarkan lewat petang nanti.
Difahamkan, pasangan ibu dan anak itu ditemui terbaring atas rumput di tepi jalan berkenaan lalu membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Pasukan perubatan kemudian tiba di lokasi dan pegawai KKM mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.
Sepasukan anggota polis forensik kemudian tiba dilokasi kejadian untuk menjanlakan siasatan lanjut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.