comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat kes masak mi segera di pam minyak

BENTONG: Satu kertas siasatan dibuka pihak polis berhubung video tular memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah pam minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan jam 12.35 tengah hari semalam berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu yang tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.

“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi bersepadu akan dijalankan di sekitar kawasan itu dengan lebih kerap terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

“Pihak polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang menggangu keterangan awam.

“Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri

“Mana-mana pihak yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini