Tumpuan :
Nasional

Polis siasat kebocoran maklumat isu sempadan Malaysia-Indonesia di Wisma Putra

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat membabitkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia adalah susulan laporan polis dibuat Wisma Putra berhubung insiden berkenaan.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan menggadaikan kedaulatan negara kerana memetarai persefahaman dengan Indonesia membabitkan isu sempadan, Saifuddin Nasution berkata perkara itu sudah dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Katanya, beliau sendiri berada di situ ketika Perdana Menteri berdepan dengan Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerangkan isu berkenaan.

Jelas beliau, isu sempadan bukan usaha sekarang dan ia sudah berlarutan 18 tahun.

Perkara yang belum disepakati seperti Pulau Sebatik, isu tiga batu nautika di luar wilayah Johor yang masih ada isu, tiada sebarang perjanjian ditandatangani.

Beliau menegaskan untuk sebuah kerajaan membuat keputusan dalam rundingan membabitkan sempadan dan kedaulatan negara, dengan segala sumber yang kerajaan ada, tidak mungkin akan mengabaikan pandangan pakar berhubung isu terbabit.

Loading...
Terkini