comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat insiden tular kibar bendera negara lain di Johor Bahru

Foto tular

JOHOR BAHRU: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung insiden tular pengibaran bendera negara luar oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di kawasan Sentosa, di sini, semalam.

Difahamkan program berkenaan dianjurkan sebuah pertubuhan kebudayaan, membabitkan lebih daripada 10 negara.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan mengesahkan, pihaknya telah menerima satu laporan pilis berhubung kejadian itu.

“Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505 (b) Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan memanggil penganjur dan saksi-saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian Hotline Johor Bahru selatan 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini