Tumpuan :
Nasional

Polis siasat ‘Datuk Seri’ didakwa beri rawatan kecantikan, kesihatan tanpa lesen

Foto hiasan

SERDANG: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang menggunakan gelaran palsu disyaki memberikan rawatan kecantikan dan kesihatan tanpa lesen di Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya terkesan dengan hantaran di media sosial berkenaan isu doktor bergelar Datuk Seri palsu itu yang didakwa memberikan rawatan tanpa sebarang lesen dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta jabatan berkaitan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 kerana menggunakan anugerah tidak diiktiraf.

“Hasil perkongsian maklumat, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu premis berkenaan Selasa lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MBSJ mengesahkan premis berkenaan tidak mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.

“Tindakan notis dan sitaan dibuat oleh pihak MBSJ. Kes masih di dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini