Tumpuan :
Nasional

Polis siasat dakwaan gangguan seksual anggota terhadap wanita

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan perhimpunan solidariti Palestin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan oleh seorang pengadu wanita berhubung ketidakpuasan hati di atas tingkah laku polis.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang diterima ini.

“Pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes perhimpunan yang berlangsung pada 19 Disember 2024 yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini