IPOH: Polis menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk membuat siasatan berhubung dakwaan pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor, semalam yang tidak dilengkapi kotak hitam dan alat komunikasi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan yang dijalankan pihaknya ketika ini lebih menjurus kepada perkara lain yang berkaitan dengan nahas itu.
“Isu teknikal adalah di bawah siasatan CAAM. Mereka yang akan uruskan sama ada itu (kotak hitam) ada atau tidak, semuanya berdasarkan siasatan CAAM.
“Siasatan kemalangan kita jalankan. CAAM pun akan jalankan. Namun untuk berkaitan teknikal rasanya lebih baik tanyakan kepada CAAM,” katanya selepas merasmikan Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tahun 2024 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, hari ini.
Terdahulu media melaporkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu dikatakan tidak mempunyai kotak hitam.
Ia didedahkan seorang pegawai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.
Selain kotak hitam, pegawai berkenaan juga mendedahkan pesawat itu juga ‘kosong’ tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).
Pesawat ringan dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang jam 1.28 tengahari untuk penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir kepada pegawai kawalan trafik udara dilaporkan jam 1.35 tengah hari.
Nahas itu mengorbankan juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pesawat terhempas: Bedah siasat dua mangsa dilakukan 8 pagi esok
- Kronologi pesawat BK 160 Gabriel terhempas di Kapar
- [VIDEO] Pesawat terhempas: Kedua-dua mayat mangsa berjaya dibawa keluar jam 7.50 malam
- Pesawat terhempas: Usaha keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam
- [TERKINI] Pesawat terhempas: Polis sahkan dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter
- Pasukan penyelamat guna jengkaut keluarkan badan pesawat
- Pesawat terhempas: Individu dipercayai waris mangsa kelihatan di lokasi
- [VIDEO] Pesawat terputus hubungan 1:35 tengah hari, dua mangsa belum ditemui
- [KEMAS KINI] [VIDEO] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
- [VIDEO] Penduduk terkejut serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah
- Gali secara manual selain guna jengkaut, keluarkan mayat mangsa – Bomba
- Pesawat terhempas: Mangsa ditemukan dalam kokpit pada kedalaman 1.52 meter
- [VIDEO] Nahas BK160 Gabriel: Pesawat tiada kotak hitam dan sistem navigasi
- [VIDEO] Kerja keluarkan sisa serpihan pesawat terhempas selesai petang ini