comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Selangor sasar 1,500 peserta sertai marathon

 

Foto: NSTP

KAJANG: Polis Selangor mensasarkan 1,500 peserta mengambil bahagian dalam acara Selangor Police Intergrity Half Marathon yang pertama kali diadakan pada 14 Julai ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, acara julung kali diadakan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang di mana ia adalah inisiatif strategik dalam menyemai nilai murni.

Menurutnya, dengan slogan ‘berlari dengan integriti!’, acara ini diharapkan dapat memberikan impak positif besar kepada semua terbabit.

“Visi program ini adalah untuk menanamkan rasa tanggungjawab dan etika dalam kalangan warga Polis Selangor sambil memupuk hubungan positif dengan masyarakat.

“Polis Selangor berhasrat untuk menginspirasikan komitmen terhadap pengekalan standard integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam komuniti penguatkuasaan undang-undang,” katanyapada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kajang (IPD), di sini, hari ini.

Terdahulu berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kajang baharu antara Senior Komisioner Mohd Zaid Hassan dengan Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof.

Hussein berkata, Balai Polis Klang Selatan dan Utara akan menjadi perintis dalam menganjurkan acara ini

“Acara ini mempunyai beberapa kategori perlumbaan iaitu 5 Kilometer (km) terbuka, 10 km terbuka dan anggota polis dan 21 km terbuka dan anggota polis.

“Jumlah yang ditawarkan sehingga RM16,800 dan keuntungan diperolehi daripada acara ini akan disumbangkan ke Tabung Majikan Polis sebagai derma,” katanya.

Beliau berkata, justeru masyarakat seluruh Selangor dijemput menyertai dan memeriahkan acara larian ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini