IPOH: Kertas siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis berhubung kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini pada Jumaat akan segera dilengkapkan.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, langkah itu bagi membolehkan pendakwaan di mahkamah dilakukan secepat mungkin.
Katanya, setakat ini polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan tujuh saksi.
“Kita akan lengkapkan siasatan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Dengan itu bolehlah (pendakwaan) dibuat secepatnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa dekat sini, hari ini.
Mohd Yusri berkata, siasatan polis akan turut melibatkan rakaman video papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampiran.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- Pelajar maut dilanggar kereta: KPM ziarah keluarga petang ini, tawar kaunseling
- Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan